Tuesday 17 September 2013

Syria Yang Berdarah

Sebuah perkongsian oleh Syeikh Muhannad As Suri di Sekolah Rendah Seru Al Hilal, Kota Bharu Kelantan

Biografi Ringkas Akhi Muhannad As Suri
Akhi Muhannad (kiri) bersama Ustaz Rahim (penterjemah)

Akhi Muhannad As Suri merupakan salah seorang mujahidin yang berjihad untuk mempertahankan Islam di bumi Syria. Beliau berumur 26 tahun dan berasal dari Dar'a Syria. Dar'a adalah sebuah bandar yang berhampiran dengan bandar Imam Nawawi di mana dikatakan terdapat makam Imam Nawawi di situ. Bandar Dar'a ini hanya 5 kilometer jaraknya dengan Palestin

Sebelum ini akhi Muhannad sedang dalam proses untuk membuat master dalam bidang ekonomi di Damsyik University dan pengajiannya itu tergendala disebabkan perang yang berlaku di bumi Syria. Kehadirannya ke bumi Syria bersama adik dan rakannya adalah kerana jemputan YB Husam Musa, salah seorang ADUN PAS di negeri Kelantan. Dan Alhmdulillah Allah izin beliau dapat membuat perjumpaan dengan pihak HALUAN Kelantan untuk memberi sedikit penerangan tentang permasalahan Syria. 

Permulaan kepada kebangkitan Syria

   Kebangkitan Syria adalah kebangkitan dari rakyatnya sendiri yang mahukan perubahan dan keadilan dalam pemerintahan.

Permulaannya adalah apabila ada sekumpulan kanak-kanak di bandar Dar'a yang menulis pada dinding dengan slogan " Rakyat Mahu Runtuhkan Sistem (Kerajaan) ". Kemudian kanak-kanak ini ditangkap dan diseksa dengan teruk. Selepas itu berlakulah kebangkitan rakyat yang dipelopori oleh golongan pemuda yang inginkan keadilan dan keamanan. 

Pemuda-pemuda ini telah ditembak dengan peluru hidup sehingga menyebabkan ramai yang syahid. Selepas itu berlaku kebangkitan yang dikenali slogannya " Runtuhkan Kerajaan ". Revolusi ini semakin merebak ke bandar-bandar besar di Syria seperti Damsyik, Dar'a, Homs, Halab dan lain-lain dan menamakan Jumaat sebagai hari mulia untuk bangkitkan semangat jihad dan meneruskan demostrasi aman. Demostrasi aman ni berterusan dari hari demi hari, minggu demi minggu dan bulan demi bulan. 

Namun sebaliknya berlaku apabila para demostrans ini telah ditembak dan dibunuh oleh kerajaan Syria tanpa perikemanusiaan. Kerajaan ini akan masuk ke dalam kampung yang majoiti rakyat Sunnah dan Jamaah dan membunuh mereka beramai-ramai.Kereta kebal, helikopter, jet pejuang, bahan kimia semuanya digunakan oleh tentera Basyar untuk membunuh rakyat Sunni habis habisan. 

Musuh-musuh Pejuang Syria

Antara musuh yang turut bersama tentera Basyar dalam pembunuhan kejam rakyat Syria adalah :

1. Basyar dan sekutunya.
> mereka adalah pemerintah di Syria yang berfahaman Syiah Alawiah. Syiah Alawiyah dipercayai sebagai Syiah yang paling kejam dalam mazhab Syiah. 

2. Russia dan China
> Russia dan China adalah sekutu kuat Basyar kerana mereka ada hubungan dari segi bekalan senjata. Bahkan 2 kuasa besar ini pernah melaungkan amaran kepada sesiapa yang cuba membantu Mujahidin di Syria.

3. Hizbu Syaitan (dulu dikenali Hizbullah)
> Mereka adalah tentera syaitan yang berjaya mengaburi umat islam bahawa kononnya mereka adalah pembela umat Islam. Sebaliknya mereka adalah pendusta dan merupakan aliran syiah. Seramai 20 000  tentera Hizbu Syaitan ini dibawa masuk ke syria bertujuan untuk mencari dan menyembelih pada penganut Sunni. 

4. Iran
> Iran adalah salah satu negara yang mendokong kuat Basyar. Ini kerana mereka berada dalam aliran yang sama iaitu SYIAH. Iran banyak membekalkan senjata dan tentera kepada Basyar dalam memerangi mujahidin di Syria.

Kebanyakkan mangsa terkorban adalah dalam kalangan kanak-kanak. Ini disebabkan Basyar mahu menghapuskan generasi masa depan yang akan meneruskan perjuangan ini. Generasi tua dibiarkan dahulu kerana mereka tidak mampu berbuat apa-apa. Peristiwa beberapa ketika yg lalu yang menyaksikan Basyar melepaskan bahan kimia yang diharamkan oleh PBB ke atas sebuah bandar Syria yang mengakibatkan lebih 1400 orang terkorban. Majoritinya adalah kanak-kanak. 
Kanak-kanak yang terbunuh hasil dari senjata kimia tentera Basyar


Penderitaan umat Islam di Syria sangat kritikal melebihi dari yang dapat kita gambarkan. Kami hanya memiliki keimanan yang teguh dan keyakinan kepada janji Allah. Semua rakyat Syria tidak ada langsung perasaan takut mati bahkan kami sentiasa bercita-cita untuk mati Syahid. Allah sedang memerhatikan kita. Allah sedang mendengar doa-doa kita dan Allah sedang memberikan penyusunan terbaik untuk kita. 

Harapan

Aku berharap kepada semua saudaraku supaya 

1. Sentiasa doakan kemenangan dan kekuatan kepada umat Islam di Syria. Hanya doa yang mampu membantu kita.

2. Ambil beratlah pada permasalahan di Syria. Kerana sesungguhnya Rasullullah pernah menegaskan bahawa sesiapa yang tidak mengambil tahu tentang permasalah umat Islam maka dia bukanlah dalam kalangan umat Islam tersebut.

3. Jika kamu memiliki kemahiran dalam bahasa, tolonglah sebarkan maklumat yang benar kepada masyarakat tentang hakikat sebenar permasalahan di Syria. supaya tiada kekeliruan dan penyelewengan maklumat kepada umat Islam di seluruh dunia.

4. Berilah sumbangan seikhlasnya dari segi harta, masa, tenaga dan jiwa kamu untuk saudara kamu di sana.

Penyampaian oleh 
Akhi Muhannad As Suri
Sekolah Seru Al Hilal
16 September 2013

Saya sempat mengambil gambar kenang-kenangan dengan akhi Muhannad As Suri. Moga Allah pelihara ukhuwah ini




No comments:

Post a Comment